Renungan Bersama



Enam cara capai keredaan Allah

Untuk lebih jelas bagaimana cara kita mampu mencapai keredaan Allah, beberapa panduan dikemukakan Imam at-Tirmizi yang mungkin dapat memberi ruang kepada kita bermuhasabah diri. 
Pertama, kita mesti bertaubat kepada Allah. Menurut beliau, tiada jalan sebaik taubat dalam usaha meraih keredaan Allah. Panduan beliau ini memang tepat seperti diperintahkan Allah kepada kita. Banyak sekali ayat Allah memperkatakan suruhan bertaubat. 

Antaranya ialah dalam surah al-Baqarah, ayat 222 yang membawa maksud: 
 “Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.” 

Allah SWT juga berfirman bahawa orang bertaubat adalah insan yang akan mendapat kebahagiaan.
“Orang yang bertaubat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang mukmin itu.” (At-Taubah: 112) 

Kedua ialah hidup dalam keadaan zuhud. Menanamkan sifat zuhud menjadi agenda sangat penting kerana tanpanya akan mengakibatkan terbit nilai peribadi keji seperti bersikap tamak terhadap hal keduniaan. Rasulullah SAW berpesan kepada kita yang zuhud terhadap dunia tidaklah bermakna kita mengharamkan yang halal dan tidak mahu berusaha mencari harta kekayaan, tetapi zuhud yang sebenarnya dan menepati erti makna ialah adanya keyakinan dan berqanaah terhadap apa yang dikurniakan Allah. 

Pesanan ketiga at-Tirmizi ialah sentiasa berusaha melawan hawa nafsu. Sesungguhnya orang yang ditenggelami hawa nafsu menjadi ‘lubuk kegemaran’ syaitan kerana orang sedemikian mudah dilalaikan dari menjalani kehidupan berasaskan kepatuhan terhadap perintah Allah. 

Petua keempat ialah kita mencintai Allah SWT melebihi dari segala-galanya.

Hal ini bertepatan apa dinyatakan Allah SWT yang bermaksud: 
“Katakanlah. Kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu akan dicintai Allah.” (Ali-Imran: 31). 

Seterusnya kata Imam at-Tirmizi lagi,
“Kita hendaklah juga menyerapkan ke dalam jiwa rasa takut kepada Allah SWT. Ini kerana apabila rasa takut itu sebati dalam hati dan jiwa, seseorang akan berusaha melakukan yang terbaik dalam amal ibadah dan memperbanyakkan amalan soleh.” 

Pesanan terakhir Imam at-Tirmizi ialah manusia perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan cara mendirikan solat khasnya yang wajib termasuk sunat.

Apapun yang kita laksanakan dalam kehidupan di dunia ini, seharusnya menuju kepada matlamat memperoleh keredaan Allah. Tidak kira usaha kita sekecil manapun, ia seharusnya menepati jalan dibenarkan agama dan tidak mudah hanyut dan tersasar daripada landasan ditetapkan. 





SENANG PUN MUSIBAH

Musibah atau kesusahan di dalam bahasa yg lebih mudah untuk kita fahami, merupakan salah satu dugaan atau ujian daripada Allah S.W.T terhadap hamba-Nya. Ujian ini boleh datang di dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan dugaan itu datang ketika kita susah. Tapi, jangan lupa, kesenangan yg dikurniakan oleh-Nya juga merupakan ujian untuk kita menghadapinya.

Ada manusia yg ketika susah, dia tidak melupakan Yang Maha Esa. Dia sentiasa berdoa dan beribadah kepada Allah S.W.T dengan harapan agar kesusahannya itu dapat dikurangkan. Tapi, bila dia dikurniakan kesenangan di kemudian hari, dia mulai lupa asal-usulnya. Dia mulai lalai di dalam menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap Illahi. Sedangkan kesenangan itu juga merupakan ujian daripada Allah S.W.T untuk dirinya. Ujian untuk menentukan tahap keimanan dan keikhlasannya beribadah kepada Allah S.W.T selama ini.

Musibah itu tanda Allah S.W.T sayangkan hamba-Nya. Musibah itu adalah teguran Allah S.W.T terhadap hamba-Nya yg mulai lalai dan leka. Memang benar, musibah atau ujian yg datang itu tidak sama. Ada manusia yg ujian hidupnya begitu mudah. Ada manusia yg ujian hidupnya amat sukar. Ujian itu datang bergantung kepada tahap keimanan kita. Semakin tinggi iman kita terhadap-Nya, semakin besarlah ujian yg bakal menimpa. Namun, Allah S.W.T telah menjanjikan, tidak akan dibebani hamba-Nya dengan dugaan yg melebihi kemampuan. Jadi, walau apapun dugaan atau ujian yg menimpa hidup kita, ingatlah pada mereka yg lebih susah. Ingatlah pada mereka yg lebih dasyat ujian hidupnya. Agar kita boleh menjadi manusia yg lebih bersyukur, walaupun setelah ditimpa ujian.

Musibah itu datang dengan dua kategori. Pertama, yg kita gelarkan ia sebagai dugaan atau ujian. Kedua, yg kita gelarkan ia sebagai balasan di atas setiap perbuatan kita. Walau apapun jenis musibah yg datang, kita harus cekalkan hati untuk menghadapinya. Biar sakit, biar perit, sentiasalah bersyukur kerana musibah itu datang ketika kita masih hidup di dunia ini. Bersyukurlah kerana musibah itu datang tatkala kita masih berpeluang untuk kembali ke jalan yg diredhai-Nya. Jika musibah itu datang ketika di akhirat kelak, memang sudah terlambat untuk bertaubat. Sudah terlambat untuk kembali ke pangkuan-Nya. Dan balasan di sana kelak, pasti akan berganda-ganda sakitnya berbanding di dunia ini. Wallahu'alam.

Ada 3 jenis manusia yg diberi balasan serta-merta di dunia ini di atas setiap perbuatan yg mereka lakukan :

1) Manusia yg derhaka terhadap kedua ibu bapa mereka

2) Manusia yg menzalimi atau menganiaya hidup manusia lain

3) Manusia yg menghalalkan hak manusia lain

Sekiranya kita yg dipilih untuk diuji, maka segeralah kembali kepada Allah S.W.T.  sementara masih ada masa. Tidak kiralah bagaimana ujian itu datang, hadapilah ia dengan penuh rasa redha. Percayalah, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Yg pasti, hikmah itu tidak pernah terjangkau dek akal fikiran kita untuk memikirkannya.

Janganlah sesekali kita melupakan-Nya ketika kita senang, agar Allah S.W.T tidak melupakan kita ketika kita susah. Lillahita'ala.




CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Hadis :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . (HR Ahmad)

Huraian :
  1. Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

  2. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.(pekerjaan seharian dalam mencari rezeki).

  3. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

  4. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.


DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Muslim)

Huraian :
  1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

  2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

  3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)

  4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).



NILAI SEORANG MANUSIA

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” Riwayat Muslim

Huraian :
  1. Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.

  2. Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri. 

  3. Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.

  4. Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T. 

  5. Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.

  6. Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.




3 comments:

  1. If a person print job within the record is paused, select it, then click the Resume Job button on the right House Shoes for Women . Drive your corporation forward with on-the-go, accessible services. Let the neighborhood find out about seasonal services and fall occasions. Custom holiday playing cards that may spark recollections of joy this season. Add printing to considered one of your lists beneath, or create a brand new} one.

    ReplyDelete