Enam cara capai keredaan Allah
Untuk lebih jelas bagaimana cara kita mampu
mencapai keredaan Allah, beberapa panduan dikemukakan Imam at-Tirmizi yang
mungkin dapat memberi ruang kepada kita bermuhasabah diri.
Pertama, kita mesti
bertaubat kepada Allah. Menurut beliau, tiada jalan sebaik taubat dalam usaha
meraih keredaan Allah. Panduan beliau ini memang tepat seperti diperintahkan
Allah kepada kita. Banyak sekali ayat Allah memperkatakan suruhan
bertaubat.
Antaranya ialah dalam surah al-Baqarah, ayat 222 yang membawa maksud:
“Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.”
Allah
SWT juga berfirman bahawa orang bertaubat adalah insan yang akan mendapat
kebahagiaan.
“Orang yang bertaubat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang
rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah mungkar dan
memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang mukmin itu.” (At-Taubah:
112)
Kedua ialah hidup dalam keadaan zuhud. Menanamkan sifat zuhud
menjadi agenda sangat penting kerana tanpanya akan mengakibatkan terbit nilai
peribadi keji seperti bersikap tamak terhadap hal keduniaan. Rasulullah
SAW berpesan kepada kita yang zuhud terhadap dunia tidaklah bermakna kita
mengharamkan yang halal dan tidak mahu berusaha mencari harta kekayaan, tetapi
zuhud yang sebenarnya dan menepati erti makna ialah adanya keyakinan dan
berqanaah terhadap apa yang dikurniakan Allah.
Pesanan ketiga at-Tirmizi
ialah sentiasa berusaha melawan hawa nafsu. Sesungguhnya orang yang ditenggelami
hawa nafsu menjadi ‘lubuk kegemaran’ syaitan kerana orang sedemikian mudah
dilalaikan dari menjalani kehidupan berasaskan kepatuhan terhadap perintah
Allah.
Petua keempat ialah kita mencintai Allah SWT melebihi dari
segala-galanya.
Hal ini bertepatan apa dinyatakan Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah. Kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu akan
dicintai Allah.” (Ali-Imran: 31).
Seterusnya kata Imam at-Tirmizi lagi,
“Kita hendaklah juga menyerapkan ke dalam jiwa rasa takut kepada Allah SWT. Ini
kerana apabila rasa takut itu sebati dalam hati dan jiwa, seseorang akan
berusaha melakukan yang terbaik dalam amal ibadah dan memperbanyakkan amalan
soleh.”
Pesanan terakhir Imam at-Tirmizi ialah manusia perlu berusaha
mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan cara mendirikan solat khasnya yang
wajib termasuk sunat.
Apapun yang
kita laksanakan dalam kehidupan di dunia ini, seharusnya menuju kepada matlamat
memperoleh keredaan Allah. Tidak kira usaha kita sekecil manapun, ia seharusnya
menepati jalan dibenarkan agama dan tidak mudah hanyut dan tersasar daripada
landasan ditetapkan.
SENANG PUN MUSIBAH
Musibah
atau kesusahan di dalam bahasa yg lebih mudah untuk kita fahami, merupakan salah
satu dugaan atau ujian daripada Allah S.W.T terhadap hamba-Nya. Ujian ini boleh
datang di dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan dugaan itu datang ketika kita susah.
Tapi, jangan lupa, kesenangan yg dikurniakan oleh-Nya juga merupakan ujian untuk
kita menghadapinya.
Ada manusia
yg ketika susah, dia tidak melupakan Yang Maha Esa. Dia sentiasa berdoa dan
beribadah kepada Allah S.W.T dengan harapan agar kesusahannya itu dapat
dikurangkan. Tapi, bila dia dikurniakan kesenangan di kemudian hari, dia mulai
lupa asal-usulnya. Dia mulai lalai di dalam menunaikan kewajipan dan
tanggungjawabnya terhadap Illahi. Sedangkan kesenangan itu juga merupakan ujian
daripada Allah S.W.T untuk dirinya. Ujian untuk menentukan tahap keimanan dan
keikhlasannya beribadah kepada Allah S.W.T selama ini.
Musibah itu
tanda Allah S.W.T sayangkan hamba-Nya. Musibah itu adalah teguran Allah S.W.T
terhadap hamba-Nya yg mulai lalai dan leka. Memang benar, musibah atau ujian yg
datang itu tidak sama. Ada manusia yg ujian hidupnya begitu mudah. Ada manusia
yg ujian hidupnya amat sukar. Ujian itu datang bergantung kepada tahap keimanan
kita. Semakin tinggi iman kita terhadap-Nya, semakin besarlah ujian yg bakal
menimpa. Namun, Allah S.W.T telah menjanjikan, tidak akan dibebani hamba-Nya
dengan dugaan yg melebihi kemampuan. Jadi, walau apapun dugaan atau ujian yg
menimpa hidup kita, ingatlah pada mereka yg lebih susah. Ingatlah pada mereka yg
lebih dasyat ujian hidupnya. Agar kita boleh menjadi manusia yg lebih bersyukur,
walaupun setelah ditimpa ujian.
Musibah itu
datang dengan dua kategori. Pertama, yg kita gelarkan ia sebagai dugaan atau
ujian. Kedua, yg kita gelarkan ia sebagai balasan di atas setiap perbuatan kita.
Walau apapun jenis musibah yg datang, kita harus cekalkan hati untuk
menghadapinya. Biar sakit, biar perit, sentiasalah bersyukur kerana musibah itu
datang ketika kita masih hidup di dunia ini. Bersyukurlah kerana musibah itu
datang tatkala kita masih berpeluang untuk kembali ke jalan yg diredhai-Nya.
Jika musibah itu datang ketika di akhirat kelak, memang sudah terlambat untuk
bertaubat. Sudah terlambat untuk kembali ke pangkuan-Nya. Dan balasan di sana
kelak, pasti akan berganda-ganda sakitnya berbanding di dunia ini.
Wallahu'alam.
Ada
3 jenis
manusia yg diberi balasan
serta-merta di dunia ini di atas setiap perbuatan yg mereka
lakukan :
1) Manusia yg
derhaka terhadap kedua ibu bapa mereka
2) Manusia yg
menzalimi atau menganiaya hidup manusia lain
3) Manusia yg
menghalalkan hak manusia lain
Sekiranya
kita yg dipilih untuk diuji, maka segeralah kembali kepada Allah S.W.T.
sementara masih ada masa. Tidak kiralah bagaimana ujian itu datang, hadapilah ia
dengan penuh rasa redha. Percayalah, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Yg
pasti, hikmah itu tidak pernah terjangkau dek akal fikiran kita untuk
memikirkannya.
Janganlah
sesekali kita melupakan-Nya ketika kita senang, agar Allah S.W.T tidak melupakan
kita ketika kita susah. Lillahita'ala.
CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
Hadis :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . (HR Ahmad)
Huraian :
|
DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN
Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya
buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Hadis :
|
Dari Abu
Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah
itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah
telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya
kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang
baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman!
Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan
kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang
lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya
sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke
langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari
barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan
dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan
memperkenankan doanya.”
(Muslim)
|
Huraian :
- Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.
- Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.
- Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)
- Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).
NILAI SEORANG MANUSIA
|
Hadis
:
|
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa
paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan
amalan-amalan kamu.” Riwayat Muslim
|
Huraian :
- Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
- Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.
- Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
- Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.
- Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.
- Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.
muhasabah diri
ReplyDeleteerm....sama2 lah kita
Delete